Ahad, 22 Februari 2009

Pelajar dakwa cedera dipukul rakan sekelas

23/02/2009 2:07pm
KOTA BHARU 23 Feb. — Akibat menegur kesalahan rakan sekelas, seorang pelajar mendakwa cedera dipukul ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah tamat waktu persekolahan di Tanjong Mas, Pengkalan Chepa, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang semalam, Ahmad Shafiee Ihsanul Kamil, 16, pengawas di Sekolah Kebangsan Tanjong Mas mendakwa rakan sekelasnya itu datang menyerangnya bersama-sama sekumpulan pelajar lain.
“Ketika itu saya dalam perjalanan balik ke rumah bersama kawan saya, Mohd Nafis Mohd Asri, 16, sebelum tiba-tiba dua buah motosikal dan lima basikal yang dinaiki rakan-rakan sekolah berhenti di hadapan kami.
“Salah seorang daripada mereka yang merupakan rakan sekelas saya itu kemudian datang menendang belakang saya sehingga saya tersungkur ke jalan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, rakannya Mohd Nafis cuba menghalang serangan itu namun dihalang pelajar lain yang datang bersama-sama rakan sekelasnya itu.
“Apabila saya bangun, dia (rakan sekelas) kemudiannya menumbuk dan menerajang saya sehingga tejatuh sekali lagi, selain ada seorang pelajar menendang muka saya beberapa kali,” katanya.
Ahmad Shafiee bagaimanapun berkata, beliau bernasib baik kerana ada seorang wanita berusia lewat 40-an datang meleraikan pergaduhan itu.
Katanya dia kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) di sini.
Pelajar itu berkata bapanya, Ihsanul Kamil Che Harun, 56, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu mengenai kejadian itu.

Khamis, 19 Februari 2009

ISU GURU DAN PENDIDIKAN

PELAJAR BOM KERETA GURU
hmetro.com.my 20/2/2009

ALOR STAR: Ketegasan seorang guru disiplin di sebuah sekolah di Ayer Hitam, dekat sini, mendisiplinkan pelajar bermasalah dibalas dengan kenderaan miliknya dilontarkan bom petrol, malam kelmarin. Bom petrol itu dilontarkan pada kereta guru berkenaan sebagai amaran berikutan tindakannya merotan pelajar yang melanggar peraturan ketika sesi persekolahan.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, guru terbabit sedang menonton televisyen bersama keluarga di rumahnya di Kampung Teluk Tui, Jerlun, dekat sini, sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di hadapan rumah. Menurut sumber, guru berusia 40-an itu meluru keluar dari rumahnya sebelum melihat Proton Wiranya disambar api pada tayar belakang di bahagian kiri.
“Mangsa terkejut dengan kejadian itu dan tergamam seketika sebaik melihat api menyambar kenderaannya. “Bagaimanapun, jeritan isterinya yang menyusul di belakangnya beberapa minit kemudian kembali
menyedarkannya. “Dia segera mengambil sebaldi air dan memadamkan kebakaran itu,” katanya di sini, semalam.
Sumber itu berkata, guru terbabit sempat mendengar bunyi motosikal memecut meninggalkan rumahnya sejurus mendengar letupan itu, namun tidak dapat mengecam sesiapa atau nombor platnya kerana keadaan terlalu gelap.
“Mungkin perbuatan itu dilakukan pelajar yang tidak berpuas hati dengan tindakannya merotan mereka yang bermasalah.
“Malah, ketegasannya dalam mendisiplinkan pelajar juga disalahertikan pelajar yang berfikiran negatif,” katanya. Guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam, dekat sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.
“Siasatan sudah dimulakan sebaik kita menerima laporan dan kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

PAKSA GURU CIUM

KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki mengaut keuntungan hampir RM40,000 sejak setahun lalu dengan menjadikan gambar ‘panas’ guru wanita yang mengajar mereka tuisyen sebagai mangsa peras ugut.Guru wanita terbabit berusia 37 tahun dikatakan teraniaya apabila tindakannya mencium seorang daripada pelajar berkenaan secara paksa dirakam mereka.Sejak itu, guru itu diugut menyebabkan dia terpaksa menanggung bebanan hutang jika tidak mahu gambar berkenaan jatuh ke tangan suaminya. Wanita terbabit yang mempunyai dua anak bimbang dengan ugutan dua remaja berkenaan terpaksa membayar wang diminta mereka kerana tidak mahu rumahtangganya bergolak disebabkan gambar aksi panas itu.
Menurut sumber, guru wanita itu mengajar subjek Matematik dan dia memang agak rapat dengan pelajar berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, sumber berkata guru wanita terbabit terjerat apabila dia yang mengajar kelas tambahan kepada anak muridnya membawa mereka keluar makan awal tahun lalu.“Ketika itu, pelajar berkenaan turut membawa seorang lagi rakannya berusia 19 tahun kononnya menemani mereka keluar makan.“Namun, sejurus makan mereka masuk ke dalam kereta yang diletakkan berhampiran kawasan restoran itu untuk pulang,” katanya.Menurutnya, ketika itulah pelajar terbabit secara tiba-tiba mengambil kesempatan mencium guru wanita itu secara paksa sebelum rakannya mengambil gambar aksi perlakuan mereka. “Sejurus mengambil gambar aksi panas itu, dua remaja terbabit mengugut guru wanita itu supaya membayar wang kepada mereka jika tidak mahu foto berkenaan terlepas ke tangan suaminya.“Takut dengan ugutan itu dan bimbang rumah tangganya bergolak, wanita terbabit setuju membayar sejumlah wang kepada mereka,” katanya.Namun, sejak itu, bermulalah satu episod hitam buat wanita terbabit apabila kedua-dua remaja itu mengambil kesempatan mengugutnya setiap kali mereka mahukan wang hingga menyebabkan dia terpaksa menanggung bebanan hutang.Sumber berkata, kerana khuatir gambar aksi panas itu diketahui suami, wanita terbabit terpaksa meminjam wang dari bank, saudara dan rakan-rakanya hanya kerana mahu memenuhi permintaan dua remaja itu.“Namun, rahsia yang disembunyikan terbongkar apabila suami wanita terbabit curiga selepas melihat surat pinjaman bank yang sampai di rumah mereka.“Selepas didesak, wanita terbabit akhirnya menceritakan kejadian dia diugut dua remaja berkenaan,” katanya. Wanita berkenaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung kejadian itu Sabtu lalu.Susulan daripada laporan itu, dua remaja terbabit ditahan Isnin lalu di Setapak dan direman bagi membantu siasatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.



Rabu, 18 Februari 2009

SOALAN TUTORIAL M5

1. Nyatakan perubahan yang berlaku akibat perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Apakah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan ?
3. Jelaskan lima cara guru dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap sekolah dalam konteks akauntabiliti.
4. Dalam PIPP teras ke5 ialah memartabatkan profesion keguruan. Sebagai seorang guru, berikan pandangan anda bagaimana cara untuk mengangkat kembali martabat guru ini.
5. Dalam falsafah pendidikan barat terdapat falsafah pendidikan tradisional dan moden. Banding bezakan antara kelima falsafah tersebut.
6. Nyatakan pro dan kontra tentang pelaksanaan PPSMI di sekolah.

Rabu, 11 Februari 2009

SOALAN KKBI

Matlamat Falsafah Pendidikan negara adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sahsiah terpuji.
Berdasarkan pengalaman sebagai pelajar di sekolah anda, jelaskan bagaimana sekolah sebagai satu institusi formal mereaslisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut.

Arahan tugasan;
1. Tulisan adalah antara 1500-3500 pp.
2. Sumber bahan rujukan perlu dinyatakan dengan menulis rujukan mengikut format APA.
3. Tulisan menggunakan font arial, saiz 12, jarak langkau 1.5.
4. Bahan yang diambil dari internet perlu diletakkan pada bahagian lampiran.
5. Tempoh masa tugasan 19 Feb hingga 5 Mac 2009.
6. Kulit luar (warna kuning) perlu dilengkapkan nama, no metrik, IC, Kump, nama pensyarah pembimbing, tarikh serahan.

Kriteria yang perlu ada ;
1. Konsep dan matlamat FPK
2. Faktor pembentukan FPK
3. Elemen2 dan unsur2 penting dalam FPK
4. Peranan sekolah dalam menjayakan hasrat FPK
5. Implikasi FPK tenhadap sistem pendidikan negara
6. Rumusan dan cadangan

Markah sahsiah juga akan dinilai...
Tugasan ini bernilai 50%.

ALIRAN-ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN

ESENSIALISME
Esensialisme adalah pendidikan yang di dasarkan kepada nilai-nilai kebudayaan yang telah ada sejak awal peradaban umat manusia. Esensialisme muncul pada zaman Renaissance dengan ciri-ciri utama yang berbeda dengan progresivisme. Perbedaannya yang utama ialah dalam memberikan dasar berpijak pada pendidikan yang penuh fleksibilitas, di mana serta terbuka untuk perubahan, toleran dan tidak ada keterkaitan dengan doktrin tertentu. Esensialisme memandang bahwa pendidikan harus berpijak pada nilai-nilai yang memiliki kejelasan dan tahan lama yang memberikan kestabilan dan nilai-nilai terpilih yang mempunyai tata yang jelas.
Idealisme dan realisme adalah aliran filsafat yang membentuk corak esensialisme. Dua aliran ini bertemu sebagai pendukung esensialisme, akan tetapi tidak lebur menjadi satu dan tidak melepaskan sifatnya yang utama pada dirinya masing-masing.Dengan demikian Renaissance adalah pangkal sejarah timbulnya konsep-konsep pikir yang disebut esensialisme, karena itu timbul pada zaman itu, esensialisme adalah konsep meletakkan sebagian ciri alam pikir modern. Esensialisme pertama-tama muncul dan merupakan reaksi terhadap simbolisme mutlak dan dogmatis abad pertengahan. Maka, disusunlah konsep yang sistematis dan menyeluruh mengenai manusia dan alam semesta, yang memenuhi tuntutan zaman
Tokoh-tokoh Esensialisme1. Georg Wilhelm Friedrich Hegel (1770 – 1831)Georg Wilhelm Friedrich HegelHegel mengemukakan adanya sintesa antara ilmu pengetahuan dan agama menjadi suatu pemahaman yang menggunakan landasan spiritual.
2. George SantayanaGeorge Santayana memadukan antara aliran idealisme dan aliran realisme dalam suatu sintesa dengan mengatakan bahwa nilai itu tidak dapat ditandai dengan suatu konsep tunggal, karena minat, perhatian dan pengalaman seseorang menentukan adanya kualitas tertentu.
Pandangan Esensialisme dan Penerapannya di Bidang Pendidikan1. Pandangan Essensialisme Mengenai BelajarIdealisme, sebagai filsafat hidup, memulai tinjauannya mengenai pribadi individu dengan menitik beratkan pada aku. Menurut idealisme, bila seorang itu belajar pada taraf permulaan adalah memahami akunya sendiri, terus bergerak keluar untuk memahami dunia obyektif. Dari mikrokosmos menuju ke makrokosmos.
belajar dapat didefinisikan sebagai jiwa yang berkembang pada sendirinya sebagai substansi spiritual. Jiwa membina dan menciptakan diri sendiri.
2.Pandangan Essensialisme Mengenai KurikulumBeberapa tokoh idealisme memandang bahwa kurikulum itu hendaklah berpangkal pada landasan idiil dan organisasi yang kuat
PROGRESIVISME
Progresivisme adalah suatu gerakan dan perkumpulan yang didirikan pada tahun 1918. Aliran ini berpendapat bahwa pengetahuan yang benar pada masa kini mungkin tidak benar di masa mendatang. Pendidikan harus terpusat pada anak bukannya memfokuskan pada guru atau bidang muatan. Beberapa tokoh dalam aliran ini : George Axtelle, William O. Stanley, Ernest Bayley, Lawrence B. Thomas dan Frederick C. Neff.
Progravisme mempunyai konsep yang didasari oleh pengetahuan dan kepercayaan bahwa manusia itu mempunyai kemampuan-kemampuan yang wajar dan dapat menghadapi dan mengatasi maslah-masalah yang bersifat menekan atau mengancam adanya manusia itu sendiri (Barnadib, 1994:28). Oleh karena kemajuan atau progres ini menjadi suatu statemen progrevisme, maka beberapa ilmu pengetahuan yang mampu menumbuhkan kemajuan dipandang merupakan bagian utama dari kebudayaan yang meliputi ilmu-ilmu hayat, antropologi, psikologi dan ilmu alam.
Progresivisme berpendapat tidak ada teori realita yang umum. Pengalaman menurut progresivisme bersifat dinamis dan temporal; menyala. tidak pernah sampai pada yang paling ekstrem, serta pluralistis. Menurut progresivisme, nilai berkembang terus karena adanya pengalaman-pengalaman baru antara individu dengan nilai yang telah disimpan dalam kehudayaan. Belajar berfungsi untuk :mempertinggi taraf kehidupan sosial yang sangat kompleks. Kurikulum yang baik adalah kurikulum yang eksperimental, yaitu kurikulum yang setiap waktu dapat disesuaikan dengan kebutuhan.
Progresvisme merupakan pendidikan yang berpusat pada siswa dan memberi penekanan lebih besar pada kreativitas, aktivitas, belajar "naturalistik", hasil belajar "dunia nyata" dan juga pengalaman teman sebaya
Tokoh-tokoh Progresivisme
William James (11 Januari 1842 – 26 Agustus 1910)
James berkeyakinan bahwa otak atau pikiran, seperti juga aspek dari eksistensi organik, harus mempunyai fungsi biologis dan nilai kelanjutan hidup. Dan dia menegaskan agar fungsi otak atau pikiran itu dipelajari sebagai bagian dari mata pelajaran pokok dari ilmu pengetahuan alam. Jadi James menolong untuk membebaskan ilmu jiwa dari prakonsepsi teologis, dan menempatkannya di atas dasar ilmu perilaku.
John Dewey (1859 - 1952)
Teori Dewey tentang sekolah adalah "Progressivism" yang lebih menekankan pada anak didik dan minatnya daripada mata pelajarannya sendiri. Maka muncullah "Child Centered Curiculum", dan "Child Centered School". Progresivisme mempersiapkan anak masa kini dibanding masa depan yang belum jelas
Hans Vaihinger (1852 - 1933)
Hans VaihingerMenurutnya tahu itu hanya mempunyai arti praktis. Persesuaian dengan obyeknya tidak mungkin dibuktikan; satu-satunya ukuran bagi berpikir ialah gunanya (dalam bahasa Yunani Pragma) untuk mempengaruhi kejadian-kejadian di dunia. Segala pengertian itu sebenarnya buatan semata-mata; jika pengertian itu berguna. untuk menguasai dunia, bolehlah dianggap benar, asal orang tahu saja bahwa kebenaran ini tidak lain kecuali kekeliruan yang berguna saja.
Pandangan Progesivisme dan Penerapannya di Bidang Pendidikan
Anak didik diberikan kebebasan baik secara fisik maupun cara berpikir, guna mengembangkan bakat dan kemampuan yang terpendam dalam dirinya, tanpa terhambat oleh rintangan yang dibuat oleh orang lain, Oleh karena itu filsafat progressivisme tidak menyetujui pendidikan yang otoriter. Sebab, pendidikan otoriter akan mematikan tunas-tunas para pelajar untuk hidup sebagai pribadi-pribadi yang gembira menghadapi pelajaran. Dan sekaligus mematikan daya kreasi baik secara fisik maupun psikis anak didik.filsafat progresivisme menghendaki jenis kurikulum yang bersifat luwes(fleksibel) dan terbuka. Jadi kurikulum itu bisa diubah dan dibentuk sesuai dengan zamannya.Sifat kurikulumnya adalah kurikulum yang dapat direvisi dan jenisnya yang memadai, yaitu yang bersifat eksperimental atau tipe Core Curriculum.Kurikulum dipusatkan pada pengalaman atau kurikulum eksperimental didasarkan atas manusia dalam hidupnya selalu berinteraksi didalam lingkungan yang komplek.
Progresivisme tidak menghendaki adanya mata pelajaran yang diberikan terpisah, melainkan harus terintegrasi dalam unit. Dengan demikian core curriculum mengandung ciri-ciri integrated curriculum, metode yang diutamakan yaitu problem solving.Dengan adanya mata pelajaran yang terintegrasi dalam unit, diharapkan anak dapat berkembang secara fisik maupun psikis dan dapat menjangkau aspek kognitif, afektif, maupun psikomotor.
3. PERENIALISM
Perenialisme merupakan suatu aliran dalam pendidikan yang lahir pada abad kedua puluh. Perenialisme berasal dari kata perennial yang berarti abadi, kekal atau selalu. Perenialisme lahir sebagai suatu reaksi terhadap pendidikan progresif. Perenialisme menentang pandangan progresivisme yang menekankan perubahan dan sesuatu yang baru. Jalan yang ditempuh oleh kaum perenialis adalah dengan jalan mundur ke belakang, dengan menggunakan kembali nilai nilai atau prinsip prinsip umum yang telah menjadi pandangan hidup yang kuat, kukuh pada zaman kuno dan abad pertengahan.
Pandangan perenialisme tentang pendidikan
Kaum perenialis berpandangan bahwa dalam dunia yang tidak menentu dan penuh kekacauan serta mambahayakan tidak ada satu pun yang lebih bermanfaat daripada kepastian tujuan pendidikan, serta kestabilan dalam perilaku pendidik. Mohammad Noor Syam (1984) mengemukakan pandangan perenialis, bahwa pendidikan harus lebih banyak mengarahkan pusat perhatiannya pada kebudayaan ideal yang telah teruji dan tangguh. Perenialisme memandang pendidikan sebagai jalan kembali atau proses mengembalikan keadaan manusia sekarang seperti dalam kebudayaan ideal.
Beberapa pandangan tokoh perenialisme terhadap pendidikan:
1. Program pendidikan yang ideal harus didasarkan atas paham adanya nafsu, kemauan, dan akal (Plato)
2. Perkemhangan budi merupakan titik pusat perhatian pendidikan dengan filsafat sebagai alat untuk mencapainya ( Aristoteles)
3. Pendidikan adalah menuntun kemampuan-kemampuan yang masih tidur agar menjadi aktif atau nyata. (Thomas Aquinas)
Tokoh-tokoh Perenialisme
Plato. Tujuan utama pendidikan adalah membina pemimpin yang sadar akan asas normative dan melaksanakannya dalam semua aspek kehidupan
Aristoteles. Ia menganggap penting pembentukan kebiasaan pada tingkat pendidikan usia muda dalam menanamkan kesadaran menurut aturan moral
Thomas Aquinas. Thomas berpendapat pendidikan adalah menuntun kemampuan-kemampuan yang masih tidur menjadi aktif atau nyata tergantung pada kesadaran tiap-tiap individu. Seorang guru bertugad untuk menolong membangkitkan potensi yang masih tersembunyi dari anak agar menjadi aktif dan nyata
REKONSTRUKSIONISME
Kata rekonstruksionisme dalam bahasa Inggeris rekonstruct yang berarti menyusun kembali. Dalam konteks filsafat pendidikan, aliran rekonstruksionisme adalah suatu aliran yang berusaha merombak tata susunan lama dan membangun tata susunan hidup kebudayaan yang bercorak modern. Aliran rekonstruksionisme, pada prinsipnya, sepaham dengan aliran perenialisme, yaitu hendak menyatakan krisis kebudayaan modern. Kedua aliran tersebut, aliran rekonstruksionisme dan perenialisme, memandang bahwa keadaan sekarang merupakan zaman yang mempunyai kebudayaan yang terganggu oleh kehancuran, kebingungan dan kesimpangsiuran
proses dan lembaga pendidikan dalam pandangan rekonstruksionisme perlu merombak tata susunan lama dan membangun tata susunan hidup kebudayaan yang baru, untuk mencapai tujuan utama tersebut memerlukan kerjasama antar ummat manusia.
Tokoh-tokoh RekonstruksionismeRekonstruksionisme dipelopori oleh George Count dan Harold Rugg pada tahun 1930, ingin membangun masyarakat baru, masyarakat yang pantas dan adil. Beberapa tokoh dalam aliran ini: Caroline Pratt, George Count, Harold Rugg
Pandangan Rekonstruksionisme dan Penerapannya di Bidang Pendidikan
Aliran rekonstruksionisme berkeyakinan bahwa tugas penyelamatan dunia merupakan tugas semua umat manusia atau bangsa. Karenanya pembinaan kembali daya inetelektual dan spiritual yang sehat akan membina kembali manusia melalui pendidikan yang tepat atas nilai dan norma yang benar pula demi generasi sekarang dan generasi yang akan datang, sehingga terbentuk dunia baru dalam pengawasan umat manusia.Kemudian aliran ini memiliki persepsi bahwa masa depan suatu bangsa merupakan suatu dunia yang diatur, diperintah oleh rakyat secara demokratis dan bukan dunia yang dikuasai oleh golongan tertentu. Sila-sila demokrasi yang sungguh bukan hanya leori tetapi mesti menjadi kenyataan, sehingga dapat diwujudkan suatu dunia dengan potensi-potensi teknologi, mampu meningkatkan kualitas kesehatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta keamanan masyarakat tanpa membedakan warna kulit, keturunan, nasionalisme, agama (kepercayaan) dan masyarakat bersangkutan.

Selasa, 10 Februari 2009

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.

Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.
2. PENDIDIKAN AWAL
Pendidikan Melayu
Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu. Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.
Pendidikan Arab Dan Agama
Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Pendidikan Cina
Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.
Pendidikan Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India.
Pendidikan Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.
Pendidikan Zaman Jepun.
Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek, setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun.Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan. Suratkhabar juga mempunyai ruangan khas bagi pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pactazaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.
Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.
Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan . Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.
Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu , Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

Laporan Pendidikan
Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan ke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:-
a) Laporan Razak (1957)
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah :-
# Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan . # Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama . # Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.
Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.
b) Laporan Rahman Talib (1960)
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-
# Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. # Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah , menengah,dan menengah atas # Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir . # Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.
c) Laporan Kabinet (1979 )
Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah :-
# Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia. # Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira ) dan pengajaran pemulihan. # Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional. # Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun # Pendidikan kerohanian yang kukuh. # Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TERKINI
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU
Ketiga-tiga laporan tersebut adalah di orientasikan ke arab pencapaian matlamat dasar ekonomi baru. Dua matlamat DEB iaitu:-. Membasmi kemiskinan.. Menyusun semula masyarakat Malaysia.
Peranan Kementerian pendidikan dalam usaha membantu Kerajaan mencapai matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru itu adalah amat penting kerana pendidikan mernpakan alat yang paling berkesan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat .
TEORI OPERASI DASAR EKONOMI BARU.
Dirumuskan dalam carta 2.1 (Lihat lampiran carta 2.1 di bawah)
Objektif pelajaran mengikut DEB:-
- Mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi perpaduan kaum.- Menyediakan pelajaran dan latihan untuk mendapatkan tenaga rakyat yang berguna bagi pembangunan negara. - Meninggikan mutu pelajaran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif berorientasikan sains dan teknologi .- Menyediakan peluang - peluang pendidikan yang saksama (equality of educational opportunities) kepada semua pelajar dari pelbagai peringkat.- Memperbaiki usaha penyelidikan ,perancangan dan kebolehan pelaksanaannya untuk mencapai objektifnya.
Carta 2.1
Objektif-objektif Pendidikan jangka Panjang yang terkandung di dalam Rancangan Malaysia di Bawah dasar Ekonomi Baru .
Rancangan Malaysia pertama (1956-1970 )
Di bawah Rancangan ini, konsep pendidikan telah berubah dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Selain itu Kerajaan telah menyusun semula bentuk pelajaran mengekalkan Menengah dengan mengekalkan pendidikan aneka Jurusan. Pendidikan yang berkesan dapat mencapai perkembangan yang lebih baik diantara pelajar, ilmiah umum dengan pelajar vokasional, teknik dan seni.
Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975 )
Tujuan Rancangan pelajaran dalam Rancangan kedua antaranya ialah menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan penyatuan dan perpaduan negara. Rancangan pelajaran harus disusuri dan diperluaskan serta latihan perlu diperbanyakkan bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat. Kerajaan pula membaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi. Selain itu membaiki keupayaan penyelidikan , perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai tujuan rukun negara.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980 )
Berteraskan tiga matlamat ,iaitu membasmi kemiskinan, meneruskan usaha untuk menyusun semula masyarakat,dan memperkukuhkan lagi keselamatan negara. Tujuan -tujuan pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Ketiga ialah:-
1) - Pelaksanaan seterusnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat pelajaran dengan cara berperingkat-peringkat . - Pembentukan keperibadian , perwatakan dan kewarganegaraan yang baik serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan luar bilik darjah . - Usaha untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara kaya dengan miskin serta di antara Wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama. - Penyatuan sistem pelajaran Sabah dan Serawak dengan sistem pelajaran Kebangsaan secara beransur.
2) Menyesuaikan dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke arah memenuhi keperluan negara terutamanya dalam bidang sains dan teknologi .
3) Membaiki mutu pelajaran untuk mengurangkan keciciran dan menambahkan kesannya untuk pembangunan negara .
4) Meninggikan kebolehan penyelidikan ,perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai matlamat tersebut .
6 ) Perkembangan Pembangunan Pendidikan Terkini Malaysia kini telah maju , perkembangan pendidikan terkini telah berubah. Perkembangan pendidikan sekarang harus dititik beratkan agar ia dapat menerapkan unsu-unsur pembaharuan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan era teknologi maklumat ,kerajaan telah mengubah pembangunan pendidikan dengan lebih maju lagi. Kerajaan kini telah memulakan sekolah Bestari. Negara Malaysia kini terdapat sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum sekolah Antarabangsa. Jenis Ekspatariat yang terdapat di negara Malaysia adalah seperti berikut :-
a)Sekolah ekspatariat yang mengikut kurikulum British yang menyediakan para pelajar untuk peperiksaan 0 level dan A level.
b ) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Amerika untuk para
pelajar yang akan menduduki peperiksaan International Baccalcureate.
c) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Khas negara masing-masing supaya para pelajar dapat menyambung pelajaran ketika mereka kembali ke negara masing - masing. Antara contohnya negara Arab, Indonesia, Perancis dan Taiwan. Pelajar asing yang mana Ibu bapa mereka bekerja di negara kita dibenarkan menuntut di Sekolah tersebut.Kini, selain daripada Institusi Awam, banyak juga terdapat pendidikan tinggi swasta yang menawarkan kursus untuk para pelajar, lepasan SPM / SPMV Senior Middle III / STPM bagi mendapatkan sijil , diploma, dan ijazah. Kumpulan Institusi pendidikan tinggi yang didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan ialah:-
* Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
* Universiti dan Kolej Universiti Swasta.
* Kampus Cawangan universiti luar negara
* Pusat Pengajian Jarak Jauh .
Institusi Pendidikan tinggi Swasta boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti / Kolej Universiti dan Institusi pendidikan tinggi swasta dengan status universiti / Kolej universiti.
Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti menawarkan program-program berikut.;-
Program dalaman seperti perniagaan clan perdagangan, kejuruteraan, perhubungan , pengajian kreatif , teknikal , atau vokasional ,pelancongan, Teknologi maklumat ,seni bila dan program berteknologi tinggi .
Kursus peringkat sarjana muda ,melalui kerjasama antara kolej swasta dan institusi tinggi luar negari . Kursus -kursus ini adalah seperti program berkembar ,program pindahan kredit , program advanced setanding ,program jarak jauh dan program bersama .
Kursus yang membawa kepada kelayakan oleh Badan Peperiksaan luar seperti ACCA, CIMA, ICSA,AIA, ABG, AAT . Selain itu lnstitusi swasta juga menjalankan kursus menengak / pra universiti seperti STPM, GCE , A- Level, Lcci SAM (Australia) dan BTECHNO (UK) . Pada tahun 1998, kerajaan jugamembenarkan Monash University, Australia membuka cawangan di negara kita kampus cawangan kita terletak di Kampus Sunway College.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dengan status universiti @ kolej universiti . Institusi dalam kategori ini telah mendapat status universiti dari kementerian pendidikan di bawah akta Institusi pendidikan tinggi swasta 1996.
Pada tahun 1997 , universiti berikut telah ditubuhkan :-
I) Universiti Telekom di Melaka dan Cyberjaya , Selangor .
2) Universiti Tenaga Nasional di Bangi , Selangor .
3) Universiti Teknologi Petronas di Tronoh , Perak
4) Universiti Sains Dan Teknologi Malaya di Ulu Bemam, Selangor . Selain universiti tersebut, beberapa universiti dalam perancangan ialah Universiti Komenwel , Universiti Multimedia, dan Universiti Teknologi Islam Malaysia.
Sekolah Bestari . Pendidikan untuk: sebuah Masyarakat Bestari .
Satu lagi perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan kita ialah penubuhan Sekolah Bestari. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, menteripendidikan (ketika itu) . Sekolah Bestari ditubuhkan bukan sahaja ditubuhkan untuk memenuhi kehendak Koridor Raya Multimedia, malahan untuk melahirkan satu genarasi rakyat Malaysia yang akan menjadi kreatif serta inovatif dalam pemikiran . Disamping itu, mereka diharapkan dapatmemperolehkan teknologi barn serta berupaya menguruskan ledakan maklumat. Mulai Januari 1999, konsep sekolah Bestari akan dilaksanakan di 90 buah sekolah . Lima tujuan Sekolah Bestari ialah ;-
I) Menggalakkan perkembangan menyeluruh sesorang individu dari segi intelek, rohani ,emosi dan jasmani .
II) Menyediakan peluang- peluang untuk seseorang individu memperkembangkan kekuatan dan kebolehannya .
III) Menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang berfikiran kreatif serta berilmu dalam bidang teknologi
IV) Mendekmorasikan pendidikan agar etiap kanak-kanak berpeluang untuk belajar .
V) Membolehkan ibu bapa ,komuniti dan pihak swasta menyertai proses pendidikan .Teknologi maklumat merupakan unsur utama dalam pelaksanaan kesemua strategi serta didokong oleh individu ,kemahiran dasar ,dan proses yang bersesuaian. Teknologi maklumat akan dapat mewujudkan infrastruktur untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang baru dan network pendidikan untuk menghubungkan semua sekolah Bestari .

Rabu, 4 Februari 2009

SOALAN TUTORIAL M4

1. Apakah matlamat pendidikan dalam Falsafah Pendidikan Confusius?
2. Di dalam zaman Dinasti Sung, apakah elemen yang diterapkan untuk memperkenalkan unsur rasionalisme dalam falsafah pendidikan konfusianisme?
3. Apakah mata pelajaran yang disyorkan dalam aspek kurikulum Falsafah Pemdidikan Ribindranath Tagore?
4. Nyatakan 3 aspek Falsafah Islam.
5. Nyatakan karya-karya Al Farabi.

TAJUK DAN NAMA KUMPULAN PEMBENTANG KELAS PEM (BM)

1. Konsep asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan - Solehah Ibrahim dan Maizatul Aqilah (dah bentang)
2. Falsafah Pendidikan Timur dan Islam - Wan Nur Hidayah dan Noor Ameera (dah bentang)
3. Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat - Lee Su Yong dan Siti Nurzamira (dah bentang)
4. Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat - Nabiha dan Siti Norfadilah (dah bentang)

5. Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat - Safia Waheeda dan Nor Farhana(dah bentang)
6. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan FPG - Reshalini dan Noor Amera
7. Konsep Modal Insan - Zulfadhli dan Mhamad Asraff
8. Perjuangan Insan Pendidik (Tokoh Timur dan Barat) - Nur Aishah dan Norain Farahani
9. Perjuangan Insan Pendidik - (Tokoh Negara) - Muhamad AlHafiz dan Mohd Firdaus
10. Guru sebagai pembentuk Insan - Mohd Firdaus dan Zulhairy
11. Perkembangan Kurikulum - Nordiana dan Nursuhaida.

Sabtu, 24 Januari 2009

TAJUK DAN NAMA KUMPULAN PEMBENTANG

Kelas PISMP MATE 1
1. M2 Konsep asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan
Ahmad Faiz dan Azizi Safiai - Dah bentang
2. M3 Falsafah Pendidikan Islam dan Timur
Fatimah Zahrah dan Syarifah Munirah- Dah bentang
3. M4 Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat (Tradisional)
Izzat Syahir dan Muhamad Arif -Dah bentang








4. M5 Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat (Moden)
Mohamad Fahmi dan Mohd Afizi -Dah bentang







5. M6 Implikasi Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat thd Pendidikan di Malaysia
Mohd Mursyidi dan Wan Muhamad Anas- dah bentang
6. M7 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Mohd Syazwan dan Muhd Aizat -dah bentang








7. M8 Konsep Modal Insan
Nasuha dan Nurfadila
-dah bentang

8. M9 Perjuangan Insan Pendidik (Tokoh Barat dan Timur)
Norshida dan Rosenani - dah bentang
9. M10 Perjuangan Insan Pendidik (Tokoh Pendidik Negara)
Norafifah dan Wan Nur Shaidah - dah bentang
10. M11 Guru sebagai Pembentuk Insan
Norhatikah dan Siti Fatima
11. M12 Pembentukan Kurikulum (Definisi,Teori,Model)
Izzat, Aizat, Faiz, Ariff, Syazwan
12. M13 Pembentukan Kurikulum (teori dan model pembinaan)
Fahmi, Afizi, Azizi, Mursyidi, Anas
13. M14 Pelaksanaan KBSR
Atika, Fatima, nasuha, Siti Fatimah, Syarifah Munirah
14. Pembentukan dan Pelaksanaan Kurikulum KBSR
Norshida, Afifah, Wan Nurshaidah, Rosenani, Fadila.